Wednesday, February 20, 2013

Kena Ganggu


Topik post kali ini berkisarkan tentang makhluk halus. Bermulanya cerita...


Semalam bertarikh 20hb Februari 2013, Rabu, kira-kira pukul 8.00 malam, saya menunggang motor menuju ke Jengka 21, bersebelahan dengan Jengka saya iaitu Jengka 22. Tujuan sebenar adalah untuk menuang minyak di Petronas yang terletak di Jengka 21. Saya menunggang motor bersama adik saya di belakang tempat duduk, ketika dalam perjalanan, saya telah pun melepasi selekoh tajam, tanpa menghiraukan kiri dan kanan saya terus meneruskan perjalanan. Ketika menunggang, saya terpandang di sebelah jalan berlawanan ternampak kelibat sesuatu menyerupai mayat yang sudah pun berkapan terbaring di tepi jalan. 

Huh, first time, nampak benda macam tu, tapi saya tak layan, buat berani je, tak berani pun nak tengok side mirror, teruskan perjalanan, sesampai je di Jengka 21, saya tanya adik saya, "ada kau nampak benda macam mayat tadi?", "ada, nampak macam mayat, dari jauh tadi nampak," jawab adik aku. Betul ke aku apa yang aku nampak, dah la nanti nak balik lalu jalan tu. "lepas isi minyak nanti, kita tunggu kereta biar kita duk depan kereta tu, biar kereta suluh hala ke kita" kata saya pada adik saya. tunggu punya tunggu nampak kereta terus pecut mendahului kereta, tengok dekat side mirror kereta tu bagi signal menghala pam minyak. "aduh, macam mana ni, biar je lah, redha kalau nampak baca ayat Kursi" kata saya pada adik. dengan perlahannya menunggang, tengok side mirror mana tahu ada kereta follow belakang. "fuh!!!" tarik nafa lega. "pegang kuat-kuat, nak pecut ni" kata saya pada adik saya. mata terpaksa lah kedepan, masa tu mata melilau juga tengok tempat yang ada benda terbaring tu. teruskan perjalanan sampai sahaja simpang Jengka 22, "lega, tak ada apa-apa, kau nampak tak benda tu ada ke tak? aku tak nampak dah benda tu" tanya saya pada adik saya. "tak nampak, hilang pulak" jawab adik saya. 

Balik rumah cerita lah semua dekat mak dengan ayah, mak cakap situ memang tempat orang kemalangan. Saya masih selamba je, biar lah tu jadi pengalaman dan pengajaran sebab selama ni saya selalu tertanya-tanya macam mana nak jumpa hantu, selalu juga mencabar, dah kena baru la, tak berani nak cabar. Ada juga bayangkan kalau saya seorang je macam tu, kalau tak arwah, mesti masuk ICU, bila ada orang teman ada berani sikit.

Malam tadi, tidur pun tak lena, terbayang-bayang je benda tu tidur dekat sebelah, sbb tidur seorang dah la katil queen. 

No comments:

Post a Comment