Sunday, November 25, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2

Sunday, 25th November 2012
GSC East Coast Mall, Kuantan, Pahang, Malaysia


Hari ni saya tengok Twilight dengan Ahmad Fakarulnizam (Nizam). Sebenarnya dah lama dah excited nak tengok cerita Twilight ni, tak sesabar. Maklumlah, peminat setia Ashley Greene (Alice) sebab tu filem ni wajib tengok. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya cerita dulu bagaimana saya boleh fanatik sangat dengan Twilight


(Flashback mood start) Sebelum keluar filemnya yang ketiga Twilight: Eclipse, saya berkeras hari bila Nizam ajak tengok. Saya cakap "ala, kisah cinta-cinta kan, eii.. geli lah". Selepas berbulan keluar cerita tu, saya ternampak la dalam ext. hard-disk seorang kawan ada cerita Twilight ni, jadi saya pun nak tengok cerita yang membuatkan Nizam suka sangat ni. Try tengok sekali, pergh... best la pulak jalan cerita dia, seronok layan. Sejak dari itu lah saya mengumpul cerita Twilight ni. (Flashback mood end)

ni la yang dikatakan ramai orang "don't judge a book by it's cover"

Cerita Twilight BD Part 2 ni memang terbaik, rugi siapa yang tak tengok dan siapa yang geli sangat cerita cinta ni. Cuba hayati baru la korang tahu cerita ni best atau tak. Twilight Saga dengan New Moon memang la membosankan sedikit jalan ceritanya, cuba layan Eclipse, memang best tapi tak se-best BD Part 2 ni. Part 2 ni jalan cerita dia agak berkembang, dalam tak sedar dah sejam cerita tu berjalan, tapi rasa macam 10 minit. 

Sipnosis sikit:

Organisasi pontianak yang dipanggil Volturi telah mengetahui bahawa Keluarga Cullen mempunyai anak abadi selepas diberitahu oleh Irina. Volturi menganggap anak abadi itu akan membawa ancaman kepada pontianak dan mereka mengambil tindakan untuk membunuh anak abadi.

anak abadi yang diberi nama Renesmee dilahirkan oleh ibu kandungnya Bella ketika Bella masih manusia. Volturi tersalah anggap yang Renesmee ni dicipta menjadi pontianak sedangkan Renesmee dilahirkan oleh Bella, bukan dicipta. 

Dengan kod undang-undang Volturi, ketuanya, Aro terpaksa mengambil tindakan ini. Pada pandangan keluarga Cullen, mereka harus mengumpul sebanyak mungkin saksi dari kalangan pontianak bagi menyakinkan Volturi bahawa anak Bella dan Edward dilahirkan bukan dicipta.

nak tahu lebih lanjut, pergi la tengok wayang yang berhampiran *promote

Jom kita lihat slideshow dibawah


Jacob Black bersama Renesmee Cullen.
Jacob amat mengambil berat tentang Renesmee kerana dia telah imprint Renesmee dimana bermaksud Renesmee adalah teman hidup Jacob (di akhir cerita Alice Cullen meramal Jacob bercinta dengan Renesmee)


Emmet Hale menguji kekuatan Bella Swan(selepas menjadi pontianak). Agak-agak siapa menang, Emmet yang gagah atau Bella newborn?


Senjata kuat Volturi, adik beradik, Jane & Alec. Tapi dieorang ni tak boleh apa-apakan Bella yang mempunyai keistimewaan iaitu imun kepada kuasa istimewa pontianak


Aro dan bersama dua orang lagi ketua Volturi, Caius dan Marcus


Saat perbincangan dengan Volturi bagi menyakinkan mereka tersilap tentang Renesmee.

Tengok cerita ni jangan tak tengok, best tau.. haha..


No comments:

Post a Comment