Saturday, August 25, 2012

Jauh perjalanan luas pemandangan


bukan ya bukan bukan
bukan cito pasal orang
Karoot Komedia X
sebahagian hidup kita.

apa yang saya melalut ni, ha.. luas perjalanan jauh pemandangan, bila kita berjalan jauh ni, luas la pemandangan sekeliling kita. haa.. nak tahu cerita. hari ni saya dengan Fakarulnizam bergerak ke Bandar Jengka pada waktu pagi. sesampai je dekat Bandar Jengka, saya tunjuk la dekat dia UiTM yang bakal dia masuk 9/9/2012 ni. selepas sudah tengok pemandangan sekitar UiTM Jengka (tak masuk dalam, kat luar je) kami berjalan-jalan lah dekat bandar. Pusing punya pusing sampai pening, then, stop sekejap. sesudah puas melihat pemandangan Bandar Jengka, kami mula bergerak ke rumah saya, Jengka 22. 

sampai rumah saya, ermm saya jamu Nizam kuih raya je, lagi pun mak saya takda masa tu. Lepas tu, saya bawak dia pergi rumah mak angkat saya (sebelah rumah je pun). Makan kuih juga, satu balang kerepek daun bayam kiteorg kebas. ha.. sambil tu berborak dalam lebik kurang 30 minit.. then kami berangkat.

bukan berangkat pulang.. berangkat ke Mentakab, sementara on the way pergi Mentakab, saya cerita dekat dia yang Mentakab ada mall, iaitu Star Mall. cerita lagi yang dalam Star Mall tu ada GSC, dia boleh tergelak tak percaya. jadi aku cakap dekat dia yang aku nak tunjuk kebenarannya.

sesampai je dekat Mentakab, ermm aku pun tak tau dekat mana Star Mall tu terletak. pusing sekejap, ternampak signboard menunjuk arah Star Mall , terus kiteorg ikut signboard tu. rupanya Star Mall tu terletak dekat Bukit Bendera. aku pergi ke arah salah, dan Nizam dgn instinct dia, pergi ke arah yang betul. lalu dekat kawasan perumahan tetapi dari jauh terpampang besar Star Mall. uh tak sangka hanya baru masuk Mentakab, tahu dah Star Mall dekat mana. 

lepas park kiteorang naik, lepas tu buat-buat macam budak baru tengok semua tu, padahal dekat East Coast Mall ada je apa yg ada dekat Star Mall, cuma ECM xda McD dan beberapa kedai lain. Buat macam orang baru datang Mall orang pun pandang pelik. haha,.. kiteorang dah taktau nak buat apa, kiteorg balik melalui Temerloh.

Sebelum sampai Bandar Temerloh, kiteorg singgah dekat MarryBrown yang baru buka tu, makan Mee Kari Combo. Nizam pada mulanya hajat tak sampai sebab tak dapat duduk dekat buaian yang ada table tu. lepas je saya bayar, table yang ada buaian tu kosong, sebelum orang lain ambik saya membuka langkah untuk duduk di situ. ha dapat pun, panggil la Nizam yang duduk dekat kerusi biasa, dengan gembira nya kami dapat duduk di situ sambil menikmati Mee Kari dan Chicken fillet.

dah habis makan, kami mula berangkat balik melalui jalan Maran, Gambang. hari ni boleh la letih, tapi saya rasa Nizam lagi letih sebab dia yang drive.

Sayonara, Goodbye Mentakab
semoga berjumpa lagi.
bila Twilight: Breaking Dawn Part 2 keluar.

No comments:

Post a Comment