Friday, November 23, 2012

Kawan sampai mati atau kawan pergi mati

Once upon a time, 
Pada suatu hari,


takkan terpisah, empat sekawan gila-gila rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama takkan terpisah. kami buddyz!!!

*sapa tau phrase kat atas ni? D.I.G.I. haha.. straight to the point.. malas nak melalut panjang,

Susahkan nak jumpa kawan yang baik, membantu, tapi kawanlah best people selepas family(kazoku) semasa kita masih hidup. Walau ada buddyz pun, kalau satu pihak bosan dah bukan buddyz dah, tapi boddush. Orang kuning follow kemana-mana pun bukan boleh tolong. *sensitifnya.

Semasa kita masih hidup ni la, kita kena belajar menghargai kawan yang ada. Kalau dia buat salah, tegur tanpa mengguris hati dia, kalau dia sedih, bantu menyelesaikan masalah, bukannya kita halau dia bila kita dah tak sehaluan dengan dia, cari jalan. "sesungguhnya kamu berdosa jika memutuskan silaturrahim sesama manusia".

Someone told me that, tapi ada betulnya, walau ada betulnya, kita pun takda hak nak paksa berkawan semula kalau sampai Facebook pun kena unfriend, Twitter kena unfollow, ntah nombor telefon kita pun kena block. 

Kawan yang jenis mcm ni mesti ada kan? tapi kalau ada kawan jenis mcm ni nak buat macam mana. Ada pendapat? teruskan berkawan atau biarkan dia.

Sebenarnya, pengalaman inilah yang saya lalui, dah lama berfikir dengan tenang, cuba lupakan, tapi terguris rasa di hati, terasa sakit hati mengingatkan saya kembali.Yang sangat mengenali saya mesti tertanya-tanya siapalah gerangan beliau. Kepada yang mengenali saya, saya cuma boleh cakap ni "mung tokseh dok tanyo macam2, den malas nok memburokkn ore". *rojak loghat.

Walau bagaimanapun, kepada yang mengenali saya, andai kata kita berjumpa 5 tahun akan datang atau lebih, jangan segan-segan menegur ya. Jangan risau, saya bukan jenis yang suka memalukan orang dan bukan jenis yang suka unfriend tanpa sebab, kalau saya terlupa ingatkan, kalau saya ingat Alhamdulillah. Kita mempunyai ruang memori yang amat terhad jadi lupa tu perkara biasa, takda nya memori tambahan mcm telefon pintar.. haha.. 

Sudip padannya dengan kuali,
    Membantu memasak setiap hari,
Kawan hanya datang sekali, 
    Hilang kawan berlubanglah di hati.

cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan bakal meninggal(ni Allah saja tau). 

No comments:

Post a Comment