Saturday, October 20, 2012

Makanan Kegemaran Dunia

Setuju atau tidak biar saya buktikan dahulu. Telur dadar dalam English dipanggil Omelette. Memang sudah jadi kebiasaan bagi masyarakat di dunia ni makan telur dadar. Di setiap negara ada citarasa mereka sendiri dalam penyediaan telur dadar. Di bawah saya sertakan gambar dan penerangan tentang telur dadar di beberapa buah negara.

Jepun


Tamagoyaki

Telur dadar jepun ini di panggil tamagoyaki. Cara penyediaannya nampak senang tapi susah sebenarnya untuk menjadi cantik seperti gambar di atas. Mereka mengacau telur sehingga telur itu menjadi berlapis-lapis.

Morocco

Tortilla

Telur dadar di Morocco dipanggil tortilla. Di Morocco ada terdapat dua jenis tortilla, satu jenis adalah telur dadar dan satu lagi adalah roti.

Itali

Frittata

Telur dadar di Itali dipanggil frittata. Terliur tengok frittata ni, sedap nampak. Telur dadar di Itali ditambah dengan danging, keju, sayur dan pasta.

Setiap negara ada cara penyediaannya, setuju atau tidak yang telur dadar memang menjadi makanan dunia? Kalau penyediaan di negara kita sudah tentu dgn cili kecil, di tambah bawang. Pada mulanya, tak sangka yang telur pun boleh di letak macam-macam bahan lain, janji rasanya sedap. 

Teringin pula nak mencuba masak frittata. Kepada sesiapa yang hendak tahu info tentang telur dadar, tgok dekat link en.wikipedia yg tertera dibawah.

Terima kasih kerana berblogwalking di sini.  Sekian dari saya, terima kasih.

No comments:

Post a Comment